Monday, June 28, 2010

Pemantauan saringan 2 LINUS

28 Jun 2010, Pegawai LPM,JPN Kelantan dan PPD Kuala Krai telah membuat pemantauan pelaksanaan saringan 2 LINUS di SK Banggol Guchil Kuala Krai. 10 orang pelajar LINUS telah mengikuti saringan berkenaan. Pengurusan LINUS SK Banggol Guchil telah mendapat pujian daripada pegawai berkenaan. Tahniah. Mudah-mudahan dapat dijadikan contoh kepada sekolah lain.

Monday, June 7, 2010

Modul Pengajaran Guru dan Pembelajaran Murid (Numerasi)

Modul Pengajaran Guru dan Pembelajaran Murid(Numerasi) telah pun kami terima dari Kementerian Pelajaran Malaysia pada hari ini 7.6.2010. Pihak kami akan mengeluarkan surat ke sekolah-sekolah di PPD Kuala Krai untuk mengambil modul berkenaan. Sila pastikan guru LINUS(numerasi) menerima modul berkenaan. Terima Kasih.