Sunday, June 26, 2011

Buku Panduan & Pengoperasian LINUS

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM telah mengeluarkan Buku Panduan & Pengoperasian LINUS dan telah diagihkan ke semua sekolah. Sila pastikan sekolah tuan/puan telah memiliki buku berkenaan. Buku berkenaan menjelaskan yang antara lain :
1. Latar belakang program LINUS
2. Peranan
2.1 FasiLINUS
2.2 Guru LINUS
2.3 Guru Pemulihan
2.4 Pentadbir Sekolah
2.5 Pegawai Pelajaran Daerah
2.6 Pengarah Pelajaran Negeri
3. Dokumentasi asas yang perlu disediakan dalam pengoperasian program LINUS
4. Carta alir pengoperasian program LINUS
5. Instrumen pemantauan LINUS
6. Borang-borang pelaporan prestasi individu (Numerasi/Literasi)
7. Perancangan strategik .
Sila hubungi FasiLINUS untuk keterangan lanjut. sila layari laman web :www.moe.gov.my/bpk
Terima kasih.

Sunday, June 19, 2011

Guru Pemulihan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Pada tahun 2008 , saya telah membuat pemantauan di sebuah sekolah rendah di PPD Kuala Krai. Guru Besar melaporkan kepada saya bahawa Guru Pemulihan disekolahnya tidak melaksanakan tugas dengan baik. Guru berkenaan adalah seorang perempuan dan gred DG41.
Guru Besar aturkan pertemuan saya dengan guru berkenaan untuk perbincangan profesional. Beberapa perkara yang saya bincangkan antara lain adalah.
1. Pelantikannya sebagai Guru Pemulihan .
2. Murninya bila kita boleh jadikan pelajar yang bermasalah boleh membaca,menulis dan mengira.
3. Cerita kisah kejayaan Guru Pemulihan di SK Becah Durian, Pasir Mas menjadikan 0% pelajar yang tak
menguasai 3M. Belia mempunyai masalah kesihatan tapi semangatnya begitu tinggi. Saya kagum dan saya
berkesempatan melawat sekolahnya.
4. Allah yang menentukan segalanya.
dan lain-lain.
Kurang lebih 2 jam bersama guru berkenaan. Beliau menceritakan kepada suaminya segala perbincangan bersama saya. Suaminya menjelaskan bahawa belia adalah salah seorang murid pemulihan dan Guru Pemulihanlah yang memulihnya untuk menguasai 3M sehingga beliau sekarang boleh menjadi salah seorang kontruktor yang berjaya.Terima Kasih Cikgu.
Ungkapan itu rupanya menjadi semangat dan cabaran kepada guru berkenaan untuk meneruskan usaha murni itu. Sehingga hari ini beliau dikenali sebagai guru pemulihan yang gigih dan berjaya. Tahniah dan terima kasih.

Thursday, June 16, 2011

Kursus Pemantapan FasiLINUS

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru KPM akan mengadakan kursus pemantapan FasiLINUS Zon Timur pada 19 hingga 22 Jun 2011 bertempat di Hotel New Pacific, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim. Seramai 40 orang FasiLINUS dari Pahang, Terengganu dan Kelantan akan menghadiri kursus berkenaan. Diantara pengisian kursus ialah :
1. Pengoperasian FasiLINUS
2. Pelan Tindakan Pengurusan LINUS
3. Interpretasi data Saringan LINUS
4. Kemahiran-kemahiran dalam pelaksanaan LINUS
5. Penemuan dapatan pemeriksaan khas & pemantauan.
6. Dialog profesional dan isu-isu dalam pelaksanaan LINUS.
Bahagian yang terlibat dalam kursus berkenaan ialah BPG,BPSH,BPK,IPGM JNJK dan JPN.

Kepada semua peserta diucapkan selamat berkursus bagi meningkatkan profesionalisme pengurusan LINUS dan memperolehi input yang penting daripada semua bahagian yang terlibat terutama isu-isu dalam pelaksanaan dan pelan tindakan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan. Sesungguhya usaha tuan/puan yang murni ini akan sentiasa diberkati Allah walaupun terpaksa menghadapi cabaran-cabaran yang hebat.

Tahniah dan terima kasih.

Wednesday, June 8, 2011

Pencapaian LINUS Saringan 4 Kohort 1, 2011.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
8.6.2011, tepat jam 8.30 pagi tadi saya terima salinan surat yang dihantar oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM mengenai pencapaian LINUS PPD Kuala Krai. isi kandungan suratnya:
"2. Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan kepada data LINUS saringan 4 yang diperolehi dari portal NKRA didapati bahawa peratusan pencapaian saringan 4 daerah Tuan adalah jauh dari sasaran yang di sasarkan iaitu 88% untuk literasi dan 92% untuk numerasi. Daerah Tuan hanya mencapai 79% literasi dan 81% numerasi."

Sehubungan itu, Pn. Aida b Abdullah (PPPD (Bahasa)) selaku penyelaras LINUS PPD Kuala Krai telah mengada mesyuarat yang melibatkan semua FesiLINUS bagi melaksanakan tindakan intervensi yang telah dirancang. Semoga semua yang terlibat dalam program ini dapat memainkan peranan yang lebih aktif bagi memastikan PPD Kuala Krai mencapai sasaran yang diharapkan.

Terima kasih untuk semua.

Tuesday, June 7, 2011

Kemaskini Data

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Bila berbicara tentang data, maka saya teringat bila semasa berkhimat bersama Tuan Haji Hussain bin Awang,Pengarah Pelajaran Kelantan. di SMK Manek Urai suatu ketika dahulu.
Katanya, Nus ;
Semua data yang berkaitan dengan bidang tugas kita perlu dikemaskinikan dan mesra pengguna. Data berkenaan mesti ada manfaat kepada kita terutama sekali untuk kita susun program yang berkesan. Data juga perlu tepat dan boleh dimanfaatkan oleh orang lain.
Oleh itu, berhati-hatilah bila kita dikunjugi oleh Tuan Haji Hussain b Awang. Pertanyaan sebegini akan timbul :
1. Berapa orang pelajar yang tidak menguasai LINUS ?
2. Siapa namanya ?
3. Bila dapat kesan ?
4. Apa program yang dilaksanakan bagi mengatasinya?

Kalau di sekolah menengah pula .
1. Berapa orang yang tak boleh membaca?
2. Kenapa ?
3. Bila kesan ?
4. Mana rekod pencapaiannya ?
5. Apa program untuknya?
6. Bagaimana tentang kehadirannya?
7. Mana rekodnya ?

Oleh itu, rakan-rakan sediakan jawapan yang manasabah bila dikunjunginya kerana beliau adalah pakar Head Count.

Terima kasih.

Thursday, June 2, 2011

Lawatan Bimbingan FasiLINUS

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
FasiLINUS di PPD Kuala Krai :
1. Tuan Haji Hussin b Yaacob ( Numerasi )
2. En. Zulkifli b Ibrahim (Literasi)
3. Pn. Zulyati bt Ahmad ( Literasi )
4. Pn. Azida bt Asif (Numerasi)
sudah mula membuat perancangan untuk membantu sekolah-sekolah di PPD Kuala Krai dalam usaha melaksanakan Program LINUS secara berkesan. Zon LINUS akan diperkenalkan bagi memudahkan pergerakan FasiLINUS. Antara sekolah yang telah dilawati ialah SK Pahi, SK Lata Rek, SK Sultan Yahya Petra 1, SK Sungai Embak, SK Dabong dan SK Mempelam Jelawang. Mengikut laporan yang diterima, bahawa guru-guru telah bersungguh-sungguh dalam melaksanakan program berkenaan. Tahniah dan terima kasih.
Pihak Sekolah juga boleh membuat surat ke PPD KK untuk menjemput pegawai berkenaan hadir ke sekolah jika perlu sebarang bantuan dan bimbingan.