Wednesday, September 21, 2011

Kem Linus Peringkat PPD Kuala Krai

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Tahniah kepada FasiLINUS PPD Kuala Krai kerana dapat merancangkan untuk mengadakan Kem Linus Peringkat PPD Kuala Krai pada 26 hingga 28 September 2011 bertempat di Asrama SK Pasir Gajah, Kuala Krai.
Seramai 40 orang pelajar dari 21 buah sekolah akan menyertai kem berkenaan. Diantara objektif adalah untuk memastikan setiap murid yang masih belum menguasai asas Literasi dan Numerasi khusus dalam kumpulan LINUS Tegar dapat menunjukkan peningkatan selepas Kem Linus berkenaan.
JU Pemulihan Khas Kebagsaan , JU Pemulihan Negeri dan Pensyarah IPG akan membantu dalam pelaksanaan kem berkenaan. Terima kasih...
Beberapa aktiviti telah dirancangkan agar objektif yang diharapkan dapat direalisasikan.
Sesungguhnya usaha murni yang telah tuan/puan lakukan adalah sangat besar pahalanya.
Mungkin ada diantara pelajar berkenaan akan menjadi individu yang berjaya dan tersohor suatu hari nanti.Insya Allah.
Tahniah dan semoga berjaya.