Wednesday, January 30, 2013

KEJAYAAN LINUS KOHORT 1

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
Tahniah dan terima kasih kepada Fasilinus  dan Guru Linus PPD Kuala Krai kerana usaha dan komitmen yang sangat tinggi sehingga Linus Kohort 1 mencapai kejayaan. Pencapai Numerasi adalah 100% manakaala Literasi 98.8% (Hanya 3 orang pelajar yang belum menguasai LINUS).
       Program berpusat yang dilaksanakan pada pertengahan tahun 2012 adalah berkesan dan perlu diteruskan untuk kohort 2 dan 3. PPD Kuala Krai menerima Piala dan Sijil Penghargaan daripada Pengarah JPN Kelantan. Diharapkan Kohort 2 dan 3 mencapai KPI lebih awal.

Tuesday, January 1, 2013

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2013

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
Pada hari ini 01 Januari 2013 adalah hari pertama persekolahan bagi tahun 2013. Semua sekolah di PPD Kuala Krai dipantau oleh pegawai-pegawai PPD Kuala Krai dan JPN Kelantan. Saya berkesempatan memantau persediaan persekolahan awal tahun 2013 di SK Ladang Taku (PPSAT2012). Alhamdulillah 15 orang guru semua hadir untuk melaksanakan tugas. Mereka terpaksa menyeberangi Sungai Kelantan yang airnya berada pada paras bahaya demi anak didik. Saya tabik. Pada tahun 2012 SK Ladang Taku dapat melahirkan satu orang pelajar 5A dalam UPSR setelah penantian lebih 30 tahun. Tahniah kepada semua guru dan murid SK Ladang Taku. SK Ladang Taku adalah salah sebuah sekolah Kurang Murid tapi semua murid dapat menguasai 3M (LINUS)