Monday, April 8, 2013

Perkonsian Pintar Program Pemulihan LINUS

Assalamualaikum dan salam 1M
Pada hari ini 8.4.2013 (Isnin) Satu Program Perkongsian Pintar antara Guru Linus SK Pasir Gajah dengan 20 orang guru Linus dari sekolah-sekolah di PPD Kuala Krai. Setiap orang guru linus akan membawa 2 orang pelajar mereka yang dalam kategori "Pelajar yang tidak menguasai Linus".
Bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tgh ,program berkenaan dilaksanakan dengan beberapa aktiviti yang antara lain.
1. Ujian pengesanan
2. Simulasi pengajaran dan pemulihan
3. Perkonsian pintar
4. Bermain sambil belajar
5. Belajar sambil bermain
6. Ujian Saringan
Tahniah kepada semua guru Linus dan Fasilinus PPD Kuala Krai yang terlibat dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya sekiranya kita semua berusaha dengan ikhlas maka PPD Kuala Krai akan mencapai 100% pelajar dapat menguasai LINUS