Wednesday, December 23, 2009

LINUS ?

NKRA - National Key Result Area
1. Peluasan Pra Sekolah
2. LINUS
3. Sekolah Berprestasi Tinggi
4. Pengetua/Guru Besar berkualiti.
NKRA . 2. LINUS - Literasi & Numerasi

NKPI 3.2
Semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012

LITERASI

Keupayaan untuk membaca,menulis dan memahami perkataan,ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian dalam Bahasa Malaysia.

NUMERASI

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan serta kefahaman matematik dalam kehidupan harian mengikut bahasa pengantar di sekolah.

SARINGAN

Instrumen saringan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Saringan 1 - Mac

Saringan 2 - Jun

Saringan 3 - September.

Tuesday, December 22, 2009

Jurulatih LINUS PPD Kuala Krai


1. Tuan Hj.Hussin b Yaakob - SK Temalir
2. Pn.Robiah bt Yusoff - SK SYP 2
3. Pn.Noraini bt Mahmood - SK Seri mahligai
4. Pn.Norzeha bt Awang - SK Pasir Gajah




Mesyuarat Penubuhan JK LINUS PPD Kuala Krai

Mesyuarat penubuhan JK LINUS peringkat PPD Kuala Krai akan diadakan pada :

Tarikh : 18 Januari 2010
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Kuala Krai.
Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Krai.

Kursus LINUS

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Kelantan akan mengadakan kursus LINUS kepada guru Bahasa Melayu dan Matematik tahun 1 sebagai berikut :

Bahasa Melayu pada :

Tarikh : 24 hingga 26 Januari 2010

Tempat : Hotel Grand Riverview, Kota Bharu.



Matematik pada :

Tarikh : 26 hingga 28 Januari 2010

Tempat : Hotel Grand Riverview, Kota Bharu.

Monday, December 14, 2009

Taklimat LINUS

Pihak PPD Kuala Krai telah mengadakan taklimat LINUS kepada semua Guru Besar dan Pengetua daerah Kuala Krai serta Pegawai di PPD Kuala Krai pada :
Tarikh : 13 Disember 2009 (Ahad)
Masa : 09.00 pagi
Tempat : Dewan Rukunegara SMK Pahi, Kuala Krai
Pencermah : Tn Hj Mohamad Yunus B Hj Yusoff
Pen PPD Pengurusan Kurikulum (Sains Matematik)