Friday, November 2, 2012

Ucapan Tahniah & Syabas

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.
Tahniah & Syabas kepada semua guru Linus PPD Kuala Krai kerana telah berusaha dengan gigih sehingga Program Linus PPD Kuala Krai BERJAYA kerana memenuhi KPI KPM. Tahniah juga kepada FasiLINUS PPD Kuala Krai (En.Zulkifli,Tuan Hj.Hussain, Pn.Azida dan Pn.Zulyati) diatas komitmen tuan/puan membimbing dan membantu pelajar menguasai 3M.
Sebenarnya kejaya ini adalah kerana Guru Linus Melindungi Masa Instruksional (MMI) dengan baik.Diantara aspek yang diambil berat ialah :
1. Integriti
2. Sikap Guru
3. Headcount
4. Couching dan
5. Usaha yang bersungguh-sungguh.

Tahniah dan terima kasih.

Monday, May 28, 2012

Saringan Khas LINUS

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Tahniah dan terima kasih kepada semua guru LINUS PPD Kuala Krai yang telah menggunakan Daya Inovasi dalam melaksanakan Program LINUS.Sekolah-sekolah di PPD Kuala Krai akan terus berusaha untuk memastikan program LINUS berjaya.
Selamat Hari Guru.

Wednesday, January 25, 2012

Saringan Khas LINUS PPD Kuala Krai

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
Mesyuarat JK Kerja Program LINUS peringkat JPN Kelantan telah diadakan pada 17 Januari 2012 bertempat di PPD Pasir Mas yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JPN Kelantan.
Tindakikut dari mesyuarat berkenaan maka, PPD Kuala Krai akan mengadakan Saringan Khas LINUS kepada murid dalam Katogori LINUS. Saringan berkenaan akan dilaksanakan secara berkelompok pada 31 Januari bertempat di :
1. SK Telkong
2. SK Lela Jasa
3. SK Dabong
4. SK Bandar Kuala Krai
5. SK Manek Urai Baru.
Seramai 60 orang murid tahun 3 kohort 1 yang terlibat dari 30 buah sekolah. 20 orang pelajar berkenaan ditargetkan untuk lulus dan masuk ke arus Arus Perdana. Surat jemputan telah dihantar kesekolah pada 22.1.2012