Tuesday, December 28, 2010

Pemantauan LINUS oleh JNJK KPM

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
Jemaah Nazir Jaminan Kualiti, JPN Kelantan dan PPD Kuala Krai akan mengadakan pemantauan pelaksanaan program LINUS ke beberapa buah sekolah di PPD Kuala Krai pada minggu ke 2 sessi persekolahan 2011.
Diharapkan rakan-rakan guru LINUS dapat memberi kerjasama dan memperolehi maklumat terkini mengenai LINUS daripada pegawai pemantau.
Terima Kasih.

Tuesday, December 14, 2010

Data saringan 3 LINUS PPDKK (

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Dalam data saringan 3 LINUS PPD Kuala Krai, 12 buah sekolah didapati tidak ada pelajar yang masuk dalam kategori LINUS Tegar.
A.Literasi
1. SK Ladang Taku
2. SK Slow Temiang
3. SK Sungai Sok
4. SK Batu Mengkebang
5. SK Kuala Nal
6. SK Kg Tengah
7. SK Sungai Pas
8. SK Bahagia
9. SK Mempelam Jelawang
10. SK Biak
11. SK Sultan Yahya Petra 1
12. SJKT Ladang Taku.

B.Numerasi.
1. Sk Ladang Taku
2. SK Kg.Tengah
3. SK Slow Temiang
4. SK Sungai Embak
5. SK Sungai Sok
6. SK Sungai Pas
7. SK Batu Mengkebang
8. SK Chuchoh Puteri
9. SK Dabong
10. SK Bahagia
11. SK Kuala Krai
12. SK Mempelam Jelawang
13. SK Kuala Nal
14. SK Biak
15. SK Laloh
16. SK Bandar Kuala Krai
17. SK Manek Urai
18. SK Sultan Yahya Petra 1
19. SK Temalir
20. SJKC Yuk Chai
21. SJK T Pasir Gajah.
Tahniah kepada semua warga sekolah terutama guru yang terlibat dalam program LINUS. Semoga PPD Kuala Krai bebas dari LINUS Tegar.

Monday, November 1, 2010

Taklimat Khas Program LINUS

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Taklimat akan disampaikan kepada semua Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Rendah PPD Kuala Krai pada :
Tarikh : 2.11.2010
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Kuala Krai.
Taklimat akan disempurnakan oleh Tuan Haji Nasyarudin bin Talib - KS Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Kelantan.
Analisis saringan 3 LINUS PPDKK
Menguasai Literasi - 77.22%
Menguasai Numerasi - 80.36%

Bengkel Pemurnian Data Saringan 3 LINUS

Assalamualaikum dan dalam satu Malaysia.
PPD Kuala krai akan mengadakan bengkel berkenaan pada :
Tarikh : 1.11.2010
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Kuala Krai.
Semua penyelaras LINUS sekolah dijemput hadir untuk memurnikan data saringan 3 LINUS. Terima kasih kepada semua guru LINUS PPD Kuala Kraai yang telah melaksanakan program LINUS dengan berkesan . Bengkel berkenaan akan di kendalikan oleh :
1. Cik Zulyati bt Ahmad - FesiLINUS
2. Pn. Aida bt Abdullah - Pen.PPD (Bahasa), PPDKK
3. Hj.Mohamad Yunus b Yusoff - Pen.PPD (Sains dan Matematik ) PPDKK.

untuk maklumat : sila layari laman web ://www.moe.gov.my/nkra.

Tuesday, September 28, 2010

Saringan 3 LINUS

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Soalan saringan 3 LINUS telah pun diedarkan ke sekolah-sekolah. Penyelaras LINUS sekolah sila pastikan penerimaan berkenaan. Sekiranya belum menerima sila hubungi fesiLINUS PPDKK Cik Zulyati bt Ahmad.
Terima Kasih.

Sunday, August 29, 2010

FesiLINUS

Assalamualaikum.
Semoga semua rakan guru sihat sejahtera. Cik Zulyati bt Ahmad dari SK Ladang Taku telah dilantik oleh KPM sebagai fesiLUNIS diPPD Kuala Krai berkuatkuasa pada 1.8.2010. Kita masih menunggu perlantikan fesiLINUS yang lain. Mudah mudahan pengurusan LINUS di PPD Kuala Krai akan lebih baik dan berkesan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi bantuan , buah fikiran dan teguran.

Wednesday, August 18, 2010

Data Linus

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.
Selamat Berpuasa.
Tahniah kepada semua guru-guru yang melaksanakan LINUS.Semua sekolah berjaya mengemaskinikan data saringan 2 melalui laman web KPM. Kita harapkan menjelang 2012 tidak ada pelajar di PPD Kuala Krai yang tidak menguasai 3M. Teruskan usaha dan terima kasih cikgu.

Tuesday, July 13, 2010

Pemurnian Data Saringan 2 LINUS

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai akan mengadakan bengkel pemurnian data saringan 2 LINUS pada :
Tarikh : 19 Julai 2010
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Kuala Krai.
Semua penyelaras LINUS sekolah diminta hadir dengan membawa komputer riba dan data saringan 2 LINUS. Data yang telah dikemaskinikan akan dihantar terus ke KPM melalui web : /www.moe.gov.my/nkra.

Monday, June 28, 2010

Pemantauan saringan 2 LINUS

28 Jun 2010, Pegawai LPM,JPN Kelantan dan PPD Kuala Krai telah membuat pemantauan pelaksanaan saringan 2 LINUS di SK Banggol Guchil Kuala Krai. 10 orang pelajar LINUS telah mengikuti saringan berkenaan. Pengurusan LINUS SK Banggol Guchil telah mendapat pujian daripada pegawai berkenaan. Tahniah. Mudah-mudahan dapat dijadikan contoh kepada sekolah lain.

Monday, June 7, 2010

Modul Pengajaran Guru dan Pembelajaran Murid (Numerasi)

Modul Pengajaran Guru dan Pembelajaran Murid(Numerasi) telah pun kami terima dari Kementerian Pelajaran Malaysia pada hari ini 7.6.2010. Pihak kami akan mengeluarkan surat ke sekolah-sekolah di PPD Kuala Krai untuk mengambil modul berkenaan. Sila pastikan guru LINUS(numerasi) menerima modul berkenaan. Terima Kasih.

Monday, May 24, 2010

Kursus LINUS fasa 2

JPN Kelantan dengan kerjasama PPD Kuala Krai akan melaksanakan kursus LINUS kepada guru LINUS yang belum menghadiri kursus. Walau bagaimana pun tahniah kepada guru walaupun tidak mengikuti kursus LINUS tetapi dapat melaksanakan program LINUS dengan berkesan. Kepada guru-guru LINUS di PPD Kuala Krai, jika ada sebarang masalah sila hubungi kami di PPD Kuala Krai.
1. Pn.Aida bt Abdullah
2. En. Zainal Abidin b Ali dan
3. Hj.Mohamad Yunus b Yusoff.

Tuesday, May 18, 2010

Taklimat Saringan 2 LINUS

Taklimat saringan 2 LINUS kepada penyelaras LINUS sekolah akan diadakan pada 20.5.2010 bertempat di PPD Kuala Krai. Taklimat akan disampaikan oleh Hj.Mohamad Yunus b.Yusoff. Untuk makluman tuan/puan , Saringan 2 akan dijalankan Jun 2010.

Wednesday, May 5, 2010

Pemantauan Khas LINUS

Pemantauan Khas LINUS di 21 buah sekolah di PPD Kuala Krai oleh pegawai-pegawai dari JNJK Persekutuan, JNJK Terengganu, JNJK Kelantan, JPN Kelantan, PPD KB,PPD Jeli,PPD Bachok,PPD Machang dan PPD Kuala Krai.
Semua sekolah memberi kerjasama yang baik. Guru LINUS melaksanakan P&P dengan berkesan. Terima Kasih.

Sunday, April 18, 2010

Pemantauan dan Bimbingan LINUS

Pemantauan dan bimbingan LINUS oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK) , Pegawai JPNK dan PPD ke sekolah-sekolah di PPD Kuala Krai pada 26 hingga 30 April 2010. Seramai 30 orang JNJK terlibat.
1. JNJK Persekutuan
2. JNJK Terengganu
3. JNJK Kelantan.
Pemantauan dan bimbingan LINUS dibahagikan kepada 8 kumpulan. Semua sekolah diminta bersedia untuk menerima bantuan dan bimbingan JNJK dalam pelaksanaan LINUS.
Terima Kasih.

Tuesday, April 13, 2010

Perlantikan fesiLINUS PPD

Assalamualaikum.
Sehingga hari ini kami belum menerima surat perlantikan fesiLINUS. Untuk makluman tuan/puan, kami telahpun menghantar cadangan nama fesiLINUS ke KPM. Surat perlantikan dibuat oleh Bahagian Sumber Manusia. Mungkin dalam proses.
Harap sabar menunggu.Terima Kasih

Monday, April 12, 2010

Tahniah dan Terima Kasih

Assalamualaikum,
Tahniah dan terima kasih kepada semua guru tahun satu yang telah melaksanakan saringan 1 LINUS. Saringan berkenaan untuk melihat status pelajar kita menguasai asas literasi dan numerasi. Kami yakin guru-guru dapat memberi bantuan kepada pelajar kita yang memerlukan bantuan. Guna Modul dan kaedah yang dipelajari serta kreativiti tuan/puan untuk membantu pelajar.
Kepada Lin ,q dan sin. Terima kasih kerana memberi respon.
Pemantauan akan berfokus kepada:
1. Data/Keputusan saringan/Prestasi Pelajar
2. Kemarihan Guru
3. Istrumen P&P yang digunakan
4. Metodelogi Pengajaran
5. Usaha dan sikap guru
6. Kemahiran murid menguasai konten.

Bengkel Saringan 1 LINUS

8.4.2010, PPD Kuala Krai- Bengkel mengemaskini data saringan 1 LINUS telah diadakan di PPD Kuala Krai. Semua penyelaras LINUS sekolah hadir. Keputusan saringan 1 LINUS dihantar terus ke Kementerian Pelajaran Malaysia melalui laman web:http://www.moe.gov.my/nkra.
Keputusan Saringan 1 LINUS PPD Kuala Krai.
Bilangan murid tahun 1 = 2205
Literasi
Pemulihan LINUS - 644 orang (29.21%)
LINUS - 858 orang (38.92%)
Perdana - 691 orang (31.34%)

Numerasi
Pemulihan LINUS - 327 orang (14.28%)
LINUS - 1106 0rang (50.16%)
Perdana - 772 orang (35.01%)

Tuesday, February 16, 2010

Cadangan FesiLINUS di PPD Kuala Krai

Mesyuarat Penyelarasan FesiLINUS pada :
Tarikh : 10 hingga 12 februari 2010
Tempat : Impian Morib, Banting, Selangor.
PPD Kuala Krai menyediakan cadangan 4 orang fesiLINUS.
1. En.Zulkifli bin Ibrahim (BM) - SK Pasir Gajah.
2. Cik Zulyati bt Ahmad (BM) - SK Ladang Taku.
3. Haji Hussin bin Yaakub (MT) - SK Temalir.
4. Pn.Norzeha bt Awang (MT) - SK Pasir Gajah.
Perlantikan dilakukan oleh Sumber Manusia.

Monday, February 8, 2010

Sunday, February 7, 2010

Pemilihan FesiLINUS

Perlantikan FesiLINUS akan dilantik oleh Bahagian Pendidikan Guru. Mesyuarat Pemilihan FesiLINUS akan diadakan pada :
Tarikh : 10 hingga 12 Februari 2010
Tempat : Hotel Impian Morib, Banting.

PPD Kuala Krai akan diwakili oleh Tn.Hj.Mohamad Yunus b Yusoff

Taklimat Pelaksanaan Saringan 1 LINUS 2010

Taklimat Pelaksanaan Saringan 1 LINUS 2010 kepada semua Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Rendah diadakan pada :
Tarikh : 8.2.2010
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Rukunegara SMK Pahi,Kuala Krai.

Taklimat disampaikan oleh :
1. Pn.Aida bt Abdullah - Pen.PPD (Bahasa)
2. Tn.Hj.Mohamad Yunus Yusoff - Pen.PPD(SN/MT)

Monday, January 25, 2010

Jawatankuasa LINUS PPD Kuala Krai

21 Januari 2010 - SK Bandar Kuala Krai.
Pengesahan perlantikan Jawatankuasa LINUS PPD Kuala Krai.
Pengerusi - Pegawai Pelajaran Daerah KK
Tim.Pengerusi - Tim. PPD KK
Naib Pengerusi1 - Pen. PPD (Bahasa)
Naib Pengerusi2 -Pen. PPD (SN/MT)
Setiausaha 1 - FesiLINUS (Bahasa)
Setiausaha 2 - FesiLINUS (Matematik)
AJK
- Semua Penolong PPD
- Penyelia Pelajaran Kanan SR
- Penyelia Pelajaran Kanan PI
- Penyelia Pelajaran Kanan P&P
- Pengerusi MGB
- Pengerusi Zon(1-6)
- Penyelia Pelajaran Peng.Sek.(Pemulihan)
- Kaunselor PPD
- Pegawai perhubungan PPD

Thursday, January 14, 2010

Surat Panggilan Kursus LINUS

Kepada :

Semua Guru Besar SK/SJK Daerah Kuala Krai.



Surat panggilan Kursus LINUS kepada guru Bahasa Melayu dan Matematik tahun satu sudah pun diedarkan.Sila pastikan diterima