Wednesday, January 25, 2012

Saringan Khas LINUS PPD Kuala Krai

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
Mesyuarat JK Kerja Program LINUS peringkat JPN Kelantan telah diadakan pada 17 Januari 2012 bertempat di PPD Pasir Mas yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JPN Kelantan.
Tindakikut dari mesyuarat berkenaan maka, PPD Kuala Krai akan mengadakan Saringan Khas LINUS kepada murid dalam Katogori LINUS. Saringan berkenaan akan dilaksanakan secara berkelompok pada 31 Januari bertempat di :
1. SK Telkong
2. SK Lela Jasa
3. SK Dabong
4. SK Bandar Kuala Krai
5. SK Manek Urai Baru.
Seramai 60 orang murid tahun 3 kohort 1 yang terlibat dari 30 buah sekolah. 20 orang pelajar berkenaan ditargetkan untuk lulus dan masuk ke arus Arus Perdana. Surat jemputan telah dihantar kesekolah pada 22.1.2012