Sunday, May 22, 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.Pada 18-20 Mei 2011 yang lepas,seramai 3 orang pegawai dari PPD Kuala Krai(Pn.Aida bt Abdullah-Pen.PPD(Bahasa)/ Zulkifli bin Ibrahim-Fasilinus(Literasi)/Hussin bin Yaacob-Fasilinus(Numerasi) telah menghadiri Mesyuarat Pelaporan dan Tindakan Susulan Saringan 1 & 4 Program Literasi dan Numerasi NKRA Peringkat JPN/PPD Zon Timur tahun 2011 di Gem Beach Resort,Batu Rakit.Antara slot yang telah dijalankan ialah;
1)Penyebaran maklumat terkini program Linus 2011 oleh Pegawai NKRA.
2)Pembentangan Data saringan 1 & 4 oleh Pegawai dari JPN negeri Kelantan,Johor,Pahang dan
Trengganu.
3)Perbincang khusus aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
4)Isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan program Linus
5)Penambahbaikan dalam pelaksanaan program Linus
6)Pelarasan format laporan
Alhamdulillah,apa yang diperolehi kita akan kongsi bersama,Insyaallah

Monday, May 16, 2011

Mesyuarat Post Mortem Saringan LINUS 2011

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Mesyuarat berkenaan di adakan pada 15 Mei 2011 bertempat di PPD Kuala Krai. Penolong Pengarah Bahasa JPN, En.Ehsan turut hadir di majlis berkenaan untuk memberi beberapa input mengenai perkembangan semasa LINUS. Semua Guru Besar dan Penolong Kanan perlu mengambil perhatian yang serius dalam melaksanakan Program LINUS terutama sekali mengenai data saringan LINUS
Senarai sekolah yang terdapat pelajar LINUS tegar lebih dari 5 orang.
Literasi :
1. SK Pasir kelang
2. SK Telkong
3. SK Dabong

Numerasi
1. SK Lata Rek
2. SK Dabong
3. SK Pasir Kelang
4. SK Kuala Geris
5. SK Pahi
6. SK Telkong
7. SK Sungai Sam
8. SK Mempelam Jelawang
9. SK Seri Mahligai

FesiLINUS PPD Kuala Krai akan membuat pemantauan ke sekolah berkenaan. Sila beri kerjasama dan dapatkan bantuan daripada mereka.

Semoga LINUS di PPD Kuala Krai berjalan dengan berkesan.

Selamat Hari Guru.

Wednesday, May 11, 2011

Data saringan 1/2011 dan 4/2011 PPD Kuala krai

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Tahniah dan terima kasih kepada penyelaras LINUS sekolah di PPD Kuala Krai yang telah menghantar data saringan berkenaan melalui Portal LINUS NKRA. Setelah disemak dan diteliti terdapat beberapa sekolah yang telah membuat kesilapan iaitu data yang dihantar ke PPD KK adalah tidak sama dengan data yang dihantar ke KPM.

Sehubungan itu sebelum data dihantar ke KPM maka terlebih dahulu perlu disemak dengan teliti dan mendapat pengesahan dari Guru Besar atau PKP.

Pihak PPD Kuala Krai akan merangka pelan tindakan bagi mengatasi masalah ini.

Terima Kasih.

FesiLINUS PPD Kuala Krai

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysis.
Selamat bertugas kepada FesiLINUS PPD Kuala Krai tyang mula bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai pada awal April 2011. Pegawai berkenaan ialah :
1. Puan Zulyati bt Ahmad - Literasi
2. Puan Azida bt Asif - Numerasi
3. En. Zukifli b Ibrahim - Literasi
4. Tuan Haji Hussin b Yaakob - Numerasi

Perancangan telah dibuat untuk ke sekolah-sekolah di PPD Kuala Krai bagi membantu guru dan murid menyelesaikan masalah LINUS. Guru-guru LINUS PPD Kuala Krai yang mempunyai sebarang kemuskilan atau memerlukan bantuan bolehlah menghubungi pegawai berkenaan di talian 09-9602201.

Selamat bertugas.