Monday, November 21, 2011

Laporan Saringan LINUS PPD Kuala Krai

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Bagi saringan 6 Kohort 1,
Kategori LINUS Tegar- 16 orang iaitu 0.74%(Literasi), 14 Orang iaitu 0.64%(Numerasi)
Kategeri Perdana - 2044 Orang iaitu 93.98%(Literasi). 2042 Orang iaitu93.89%(Numerasi)
Sekolah-sekolah yang mencapai 100% Perdana ialah:
1. SK Ladang Taku
2. SK Sungai Sok
3. SK Banggol Guchil
4. SK Batu Mengkebang
5. SK Manek Urai Baru
6. SK SK Kemubu
7. SK Kuala Krai
8. SK Kuala Nal
9. SK Laloh
10.SK Kg Tengah
11.SK Bahagia
12.SK Sultan Yahya Petra 2
13.SK Biak
14.SK Bandar Kuala Krai
15.SK Sultan Yahya Petra 1
16.SJKC Yuk Chai
17.SJKT Pasir Gajah

Bagi saringan 3 Kohort 2 pula,
Kategori LINUS Tegar- 67 orang (3.13%) Literasi dan 35 orang(1.64%) Numerasi.
Kategori Perdana - 1773 orang(82.85%) Literasi dan 1902(88.88%) Numerasi.
Sekolah-sekolah yang mencapai 100% perdana ialah :
1. SK Ladang Taku
2. SK Sungai Sok
3. SK Batu Mengkebang
4. SK Manek Urai Baru
5. SK Kg Tengah
6. SK Bahagia
7. SK Sultan Yahya Petra 2
8. SJKC Yuk Chai
9. SJKT Pasir Gajah

Tahniah dan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang berkenaan. Teruskan berusaha sehingga program LINUS mencapai sasaran yang sepatutnya.

Mesyuarat Penyelarasan Saringan 3 dan 6

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Dalam usaha dan menyelaras, mengemaskini dan menyebarkan maklumat terkini pelaksanaan program LINUS di Peringkat JPN Kelantan dan PPD, maka satu mesyuarat akan diadakan pada 22 November 2011,jam 8.30 pagi bertempat di PPD Pasir Puteh,Kelantan.
Semoga saringan 3 Kohort 2 dan saringan 6 Kohort 1 akan mencapai tahap yang membanggakan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi En.Ehsam bin Mat Hussin di talian 012-7635418/09-7418078.
Semua Penyelaras LINUS PPD dan FasiLINUS dijemput hadi ke mesyuarat berkenaan.

Wednesday, November 9, 2011

Saringan LINUS secara berfokus

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Tahniah kepada Sektor Pengurusan Akademik JPN Kelantan kerana memberi perhatian penuh kepada perkembangan LINUS di PPD Kuala Krai. Perbincangan selama 4 Jam pagi tadi bersama FasiLINUS PPD Kuala Krai dan Penyelaras LINUS Sekolah adalah sangat membanggakan kerana bebeberapa perkara telah disentuh, antaranya :
1. Kutipan data saringan yang cepat dan tepat
2. Head Count
3. Pengurusan Fail
4. P&P yang berkesan dan
5. Saringan yang berfokus.
Dua buah sekolah yang telah dipilih untuk dibuat saringan berfokus iaitu SK Pasir Kelang dan SK Dabong. Seramai 10 orang FasiLINUS dan Guru Pemulihan LINUS akan datang ke sekolah berkenaan bagi melaksanakan saringan berkenaan. Sesungguhnya tujuannya adalah membantu guru dan pelajar agar program LINUS dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Taklimat pengisian data saringan 3 dan 6 LINUS

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hari ini, 9.11.2011,jam 9.30 am PPD Kuala Krai dengan kerjasama JPN Kelantan mengadakan taklimat pengisian data saringan 3 dan 6 LINUS. En. Ehsan dan En.Sharuddin dari Sektor Pengurusan Akademik JPN akan menyampaikan taklimat berkenaan kepada FasiLINUS dan semua penyelaras LINUS sekolah di daerah Kuala Krai. Terima kasih kepada JPN Kelantan kerana sentiasa memberi perhatian kepada PPD Kuala Krai. Terima kasih kepada guru LINUS kerana telah melaksanakan agenda utama Negara dengan semangat yang kental. Tahniah dan terima kasih.