Tuesday, April 5, 2011

MODUL LINUS

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Semua sekolah rendah akan dibekalkan dengan Modul Literasi dan Numerasi bagi melaksanakan Program LINUS pada 14.4.2011. Pada hari berkenaan penyelaras LINUS sekolah akan dipanggil ke PPD Kuala Krai bagi memurnikan data saringan 1 LINUS 2011. Mesyuarat LINUS diperingkat KPM Bil.3/2009 pada 14 Ogos 2009 memutuskan BPK untuk menyediakan modul P&P bagi membantu guru dan murid. Modul Numerasi dan Literasi yang telah disediakan adalah : Asas 1 : Modul Guru,Modul Murid(Jilid 1 & 2). Tahun 2 : Modul Guru, Modul Murid (Jilid 1 & 2) Sila pastikan sekolah menerima modul berkenaan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn.Zulyati bt Ahmad (FesiLINUS PPD Kuala Krai). Terima Kasih.