Monday, July 18, 2011

Lawatan Bimbingan FasiLINUS

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
8.00 pagi,18 Julai 2011. Tiga orang pegawai dari PPD Kuala Krai telah berkunjung ke SK Biak, Kuala Krai yang merupakan salah sebuah sekolah di daerah Kuala Krai. Pegawai berkenaan ialah En. Zulkifli (LINUS), Pn. Haniah (Bahasa) dan En. Hawari (Peperiksaan).
SK Biak berada kira-kira 100km dari PPD Kuala Krai. Dari Kg.Kandek rombongan terpaksa menaiki boat selama 20 minit untuk sampai ke SK Biak.
Tahniah SK Biak kerana mengikut pegawai kami berkenaan bahawa semua murid tahun satu dan dua sudah menguasai LINUS. Semua pelajar berada di Arus Perdana. Tahniah kepada guru-guru SK Biak.