Sunday, April 18, 2010

Pemantauan dan Bimbingan LINUS

Pemantauan dan bimbingan LINUS oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK) , Pegawai JPNK dan PPD ke sekolah-sekolah di PPD Kuala Krai pada 26 hingga 30 April 2010. Seramai 30 orang JNJK terlibat.
1. JNJK Persekutuan
2. JNJK Terengganu
3. JNJK Kelantan.
Pemantauan dan bimbingan LINUS dibahagikan kepada 8 kumpulan. Semua sekolah diminta bersedia untuk menerima bantuan dan bimbingan JNJK dalam pelaksanaan LINUS.
Terima Kasih.

Tuesday, April 13, 2010

Perlantikan fesiLINUS PPD

Assalamualaikum.
Sehingga hari ini kami belum menerima surat perlantikan fesiLINUS. Untuk makluman tuan/puan, kami telahpun menghantar cadangan nama fesiLINUS ke KPM. Surat perlantikan dibuat oleh Bahagian Sumber Manusia. Mungkin dalam proses.
Harap sabar menunggu.Terima Kasih

Monday, April 12, 2010

Tahniah dan Terima Kasih

Assalamualaikum,
Tahniah dan terima kasih kepada semua guru tahun satu yang telah melaksanakan saringan 1 LINUS. Saringan berkenaan untuk melihat status pelajar kita menguasai asas literasi dan numerasi. Kami yakin guru-guru dapat memberi bantuan kepada pelajar kita yang memerlukan bantuan. Guna Modul dan kaedah yang dipelajari serta kreativiti tuan/puan untuk membantu pelajar.
Kepada Lin ,q dan sin. Terima kasih kerana memberi respon.
Pemantauan akan berfokus kepada:
1. Data/Keputusan saringan/Prestasi Pelajar
2. Kemarihan Guru
3. Istrumen P&P yang digunakan
4. Metodelogi Pengajaran
5. Usaha dan sikap guru
6. Kemahiran murid menguasai konten.

Bengkel Saringan 1 LINUS

8.4.2010, PPD Kuala Krai- Bengkel mengemaskini data saringan 1 LINUS telah diadakan di PPD Kuala Krai. Semua penyelaras LINUS sekolah hadir. Keputusan saringan 1 LINUS dihantar terus ke Kementerian Pelajaran Malaysia melalui laman web:http://www.moe.gov.my/nkra.
Keputusan Saringan 1 LINUS PPD Kuala Krai.
Bilangan murid tahun 1 = 2205
Literasi
Pemulihan LINUS - 644 orang (29.21%)
LINUS - 858 orang (38.92%)
Perdana - 691 orang (31.34%)

Numerasi
Pemulihan LINUS - 327 orang (14.28%)
LINUS - 1106 0rang (50.16%)
Perdana - 772 orang (35.01%)