Monday, May 24, 2010

Kursus LINUS fasa 2

JPN Kelantan dengan kerjasama PPD Kuala Krai akan melaksanakan kursus LINUS kepada guru LINUS yang belum menghadiri kursus. Walau bagaimana pun tahniah kepada guru walaupun tidak mengikuti kursus LINUS tetapi dapat melaksanakan program LINUS dengan berkesan. Kepada guru-guru LINUS di PPD Kuala Krai, jika ada sebarang masalah sila hubungi kami di PPD Kuala Krai.
1. Pn.Aida bt Abdullah
2. En. Zainal Abidin b Ali dan
3. Hj.Mohamad Yunus b Yusoff.

Tuesday, May 18, 2010

Taklimat Saringan 2 LINUS

Taklimat saringan 2 LINUS kepada penyelaras LINUS sekolah akan diadakan pada 20.5.2010 bertempat di PPD Kuala Krai. Taklimat akan disampaikan oleh Hj.Mohamad Yunus b.Yusoff. Untuk makluman tuan/puan , Saringan 2 akan dijalankan Jun 2010.

Wednesday, May 5, 2010

Pemantauan Khas LINUS

Pemantauan Khas LINUS di 21 buah sekolah di PPD Kuala Krai oleh pegawai-pegawai dari JNJK Persekutuan, JNJK Terengganu, JNJK Kelantan, JPN Kelantan, PPD KB,PPD Jeli,PPD Bachok,PPD Machang dan PPD Kuala Krai.
Semua sekolah memberi kerjasama yang baik. Guru LINUS melaksanakan P&P dengan berkesan. Terima Kasih.