Sunday, May 22, 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.Pada 18-20 Mei 2011 yang lepas,seramai 3 orang pegawai dari PPD Kuala Krai(Pn.Aida bt Abdullah-Pen.PPD(Bahasa)/ Zulkifli bin Ibrahim-Fasilinus(Literasi)/Hussin bin Yaacob-Fasilinus(Numerasi) telah menghadiri Mesyuarat Pelaporan dan Tindakan Susulan Saringan 1 & 4 Program Literasi dan Numerasi NKRA Peringkat JPN/PPD Zon Timur tahun 2011 di Gem Beach Resort,Batu Rakit.Antara slot yang telah dijalankan ialah;
1)Penyebaran maklumat terkini program Linus 2011 oleh Pegawai NKRA.
2)Pembentangan Data saringan 1 & 4 oleh Pegawai dari JPN negeri Kelantan,Johor,Pahang dan
Trengganu.
3)Perbincang khusus aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
4)Isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan program Linus
5)Penambahbaikan dalam pelaksanaan program Linus
6)Pelarasan format laporan
Alhamdulillah,apa yang diperolehi kita akan kongsi bersama,Insyaallah

No comments:

Post a Comment