Wednesday, November 9, 2011

Saringan LINUS secara berfokus

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Tahniah kepada Sektor Pengurusan Akademik JPN Kelantan kerana memberi perhatian penuh kepada perkembangan LINUS di PPD Kuala Krai. Perbincangan selama 4 Jam pagi tadi bersama FasiLINUS PPD Kuala Krai dan Penyelaras LINUS Sekolah adalah sangat membanggakan kerana bebeberapa perkara telah disentuh, antaranya :
1. Kutipan data saringan yang cepat dan tepat
2. Head Count
3. Pengurusan Fail
4. P&P yang berkesan dan
5. Saringan yang berfokus.
Dua buah sekolah yang telah dipilih untuk dibuat saringan berfokus iaitu SK Pasir Kelang dan SK Dabong. Seramai 10 orang FasiLINUS dan Guru Pemulihan LINUS akan datang ke sekolah berkenaan bagi melaksanakan saringan berkenaan. Sesungguhnya tujuannya adalah membantu guru dan pelajar agar program LINUS dapat dilaksanakan dengan berkesan.

No comments:

Post a Comment