Thursday, June 2, 2011

Lawatan Bimbingan FasiLINUS

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
FasiLINUS di PPD Kuala Krai :
1. Tuan Haji Hussin b Yaacob ( Numerasi )
2. En. Zulkifli b Ibrahim (Literasi)
3. Pn. Zulyati bt Ahmad ( Literasi )
4. Pn. Azida bt Asif (Numerasi)
sudah mula membuat perancangan untuk membantu sekolah-sekolah di PPD Kuala Krai dalam usaha melaksanakan Program LINUS secara berkesan. Zon LINUS akan diperkenalkan bagi memudahkan pergerakan FasiLINUS. Antara sekolah yang telah dilawati ialah SK Pahi, SK Lata Rek, SK Sultan Yahya Petra 1, SK Sungai Embak, SK Dabong dan SK Mempelam Jelawang. Mengikut laporan yang diterima, bahawa guru-guru telah bersungguh-sungguh dalam melaksanakan program berkenaan. Tahniah dan terima kasih.
Pihak Sekolah juga boleh membuat surat ke PPD KK untuk menjemput pegawai berkenaan hadir ke sekolah jika perlu sebarang bantuan dan bimbingan.

1 comment:

  1. Buat semua insan pendidik yang terlibat secara langsung dengan LINUS, mohon agar kita sama-sama bekerja keras bagi memastikan anak-anak LINUS terutama LINUS tegar, dapat di CELIK kan sebelum mereka melangkah meninggalkan alam persekolahan rendah tahap 1. Seperti kata Tuan haji Hussain bin Awang, pengarah pelajaran negeri Kelantan dalam ucapan beliau di Demong Beach Resort pada 9hb. Mei 2011, setiap anak-anak yang berada di kelas LINUS hendaklah keluar dari kepompong LINUS sebelum saringan yang seterusnya. Bermakna, jika sekiranya sekolah tuan/puan mempunyai 10 orang murid LINUS semasa saringan 4, semasa saringan 5 nanti, tuan/puan sudah tiada lagi murid LINUS. Sentiasa berusaha untuk mencapai yang terbaik, kata Tuan pengarah. Kita adalah pendidik. Kreativiti dan inovasi dapat menceriakan suasana pembelajaran.

    Buat semua pentadbir, berilah sokongan padu yang jitu kepada guru-guru LINUS demi sama-sama kita menjayakan KPI PM kita. 1Malaysia : 1suara : 1hasrat = CELIK kan anak-anak kita.

    Aida Abdullah. PPPD Bahasa PPD Kuala Krai

    ReplyDelete