Sunday, June 19, 2011

Guru Pemulihan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Pada tahun 2008 , saya telah membuat pemantauan di sebuah sekolah rendah di PPD Kuala Krai. Guru Besar melaporkan kepada saya bahawa Guru Pemulihan disekolahnya tidak melaksanakan tugas dengan baik. Guru berkenaan adalah seorang perempuan dan gred DG41.
Guru Besar aturkan pertemuan saya dengan guru berkenaan untuk perbincangan profesional. Beberapa perkara yang saya bincangkan antara lain adalah.
1. Pelantikannya sebagai Guru Pemulihan .
2. Murninya bila kita boleh jadikan pelajar yang bermasalah boleh membaca,menulis dan mengira.
3. Cerita kisah kejayaan Guru Pemulihan di SK Becah Durian, Pasir Mas menjadikan 0% pelajar yang tak
menguasai 3M. Belia mempunyai masalah kesihatan tapi semangatnya begitu tinggi. Saya kagum dan saya
berkesempatan melawat sekolahnya.
4. Allah yang menentukan segalanya.
dan lain-lain.
Kurang lebih 2 jam bersama guru berkenaan. Beliau menceritakan kepada suaminya segala perbincangan bersama saya. Suaminya menjelaskan bahawa belia adalah salah seorang murid pemulihan dan Guru Pemulihanlah yang memulihnya untuk menguasai 3M sehingga beliau sekarang boleh menjadi salah seorang kontruktor yang berjaya.Terima Kasih Cikgu.
Ungkapan itu rupanya menjadi semangat dan cabaran kepada guru berkenaan untuk meneruskan usaha murni itu. Sehingga hari ini beliau dikenali sebagai guru pemulihan yang gigih dan berjaya. Tahniah dan terima kasih.

No comments:

Post a Comment